Tuesday, 16 April 2013

Alkisah persaingan lepasan spm

So hari isnin haritu unikl ada hantar sms dekat aku cakap aku dapat tawaran untuk sambung belajar FOUNDATION IN SCIENCE AND TECHNOLOGIES (FIST) aku dapat science . Of coz la tetiba dapat tahu mesti excited tahap gaban. Kalau asasi kena belajar dekat Kolej Mara Kuala Nerang dekat dalam Kedah. Kedah. Kenapa aku tak leh keluar dari kedah.

So, yeah. Aku bagi tau dekat my mum and fml. She spreads it to everyone . Fml again. Dan mak aku macam over excited. (╯°□°)╯︵ ┻━┻

Sepatutnya aku kena check online lepas aku apply online haritu.. nasibla diorang hantar sms dekat aku eh? So deadline dia 19/4 which is hari jumaat. Maigad. A few days left... tadi aku pg sekolah nak minta cop pengesahan. Ingat nak jumpa Teacher Hayati tapi dia balik awal sebab ada hal. Aiseh. Lepastu terpaksa la merempat di sekolah sendiri. Last2 lepas sejam gak ah selesai urusan balik.

Tapi. Aku ada jumpa cikgu Hamidah kejap sebelum balik. Kata2 dia terngiang dalam kepala aku. Dia cakap dekat Hawa actually tapi aku dengar je la =,= " kalau kamu nak buat engineering baik kamu buat diploma supaya bila kamu masuk buat degree nanti masatu kamu dah betul2 master dah dalam bidang kamu tu" lepas tu dia ada cakap pasal masuk matriks lah asasi lah.. bila aku pikir ada betul jugak betulnya actually.

Bagi aku yang agak sederhana ni aku rasa sangat takut dan cuak kalau2 nanti aku dapat matrik atau asasi (ceh berangan la kau jahhh) aku tak dapat score or maintain score aku nanti. Kalau kena kick ke acena??

Diploma
Bagi pandangan aku, kalau aku pilih diploma which is bagi sesetengah orang diorang pandang diploma ni macam 'low standard' sebab membazir masa 3 tahun. Aku ulang 3 tahun !!!!! Kalau pilih matriks ada 1 @2 tahun. Foundation selalunya 1 tahun, form 6 2 tahun. And diploma 3 tahun. Aku rasa, based on my research, sebab aku minat dan MATI SUSAH KIPAS bidang architecture. Aku sangatttttttt berangan dan sampai di Aussie untuk bidang ni eh?? Dannnn, aku letak Alam Bina UM kot first choice aku dalam UPU. haiz. Dan sekarang, keyakinan aku telah hilangg di telan internet. Aku rasa persaingan dengan budak lain yang result SPM diorang lagi gempak and tetambah yang 15k yang dapat LURUS A. Yang aku ni SEDANG SEDANG. yup. Aku dah sedar dari lamunan bahawa akan ada PERSAINGAN diterima masuk ke UM untuk asasi ALAM BINA. Sigh

Tapi
Hehehehehe
Aku ada letak dua choice aku sekarang ni. Sama ada architecture atau tesl. Mana pi perubatan???? Ah. Aku tak yakin dan firasat aku suruh aku lupakan perubatan. Biology dekat sekolah pun slow dan susah nak hafal fakta. Haiz. Ikut masing2 lah. Aku rasa aku minat English DAN aku ada mintak asasi B. INGGERIS dekat UIA. Hmmm tah la. Redoooooooo..

Duit?
Yup. Permasalahan utama di sini ialah duit. Kita semua tak sepatutnya cakap yang parents kita tak bagi duit belanja, dah la tanam anggur je lepas spm. Kat sini korang boleh tengok yang parents korang gunakan duit yang korang tak nampak untuk pelajaran korang. Nak bayar yuran la, barang2 la, baju, semua la senang cita. Nenanti, even ada biasiswa, parents korang jugak yang korang cari. Ini fakta. Lain la kalau anak orang kaya. Hmmm. Aku memang dah confirm la buat pinjaman. Mara atau ptptn.  Tapi, kalau aku pegi KMKN tu buat asasi, insya Allah kalau score betul ( walaupun bagi aku rasa susah) kalau pointer aku 3.5 above, pinjaman aku insya Allah akan jadi biasiswa. Kan. Hmmm

Tapi tu lah masalahnya aku dah jadi tak minat, tak yakin. Hmmm
Aku takut kalau aku tak dapat matrik ke atau yang aku minta UPU tak dapat yang aku minat. Huhu. Dilema.

Memang penat pikir pasal benda ni 24/7 sebab kena buat pilihan dan perancangan terlebih awal. Family aku tak membantu sangat. Hmmm. Aku perlukan seseorang la untuk cakap tentang masa depan aku   ╮(╯_╰)╭

*dilema seorang lepasan SPM

1 comment:

  1. good luck in your life babe. I'm here always pray for the best for you. :D you xxxx hehe

    ReplyDelete